Wednesday, January 4, 2012

Pelbagai Program Di Ambang 2012 Sipitang



TARIKAN…Artis jemputan Jannywine J Lusin membawa lagu pujaan kini “Macam Di KK”.

KENANGAN…Sapawi merakamkan kenangan bersama sebahagian ahli jawatankuasa sambutan Ambang 2012 peringkat Sipitang

CERGAS…Sapawi dan Ahmad bersama ratusan penduduk yang mengikuti program Senam Seni 1 Malaysia

DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta silat yang mengharumkan nama Sipitang.

MERIA…Persembahan khas daripada artis jabatan penerangan ‘Pentarama’.

SIPITANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan rakyat di negara ini terus menikmati keharmonian dan kemakmuran.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata usaha itu akan terus dilakukan menerusi sokongan yang diberikan oleh rakyat.

“Rakyatlah yang membolehkan Kerajaan BN meneruskan usaha memastikan rakyat terus menikmati keharmonian dan kemakmuran menerusi sokongan dan kepercayaan yang rakyat berikan,” katanya pada perasmian ambang tahun baru 2012 di Esplanad Sipitang di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad serta lebih 5,000 orang membanjiri padang Esplanad Sipitang.

Sapawi berkata dengan sokongan dan kepercayaan daripada rakyat itu, Kerajaan BN telah merangka pelbagai perancangan bagi memastikan apa yang dinikmati oleh rakyat tidak akan luntur sebaliknya terus menikmatinya.

Beliau berkata rakyat tidak perlu merasa bimbang kerana Kerajaan BN adalah kerajaan yang mengotakan janji.

Katanya pelbagai janji yang diluahkan oleh Kerajaan BN kepada rakyat telahpun dilaksanakan dan telahpun dinikmati oleh rakyat sendiri.

“Kerajaan BN juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja sebaliknya rakyat secara menyeluruh dapat menikmati keharmonian dan kemakmuran tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya Perdana Menteri dan timbalannya serta barisan kabinetnya dan Ketua Menteri bersama barisan kabinetnya akan memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat terus diutamakan.

Sapawi berkata Sipitang sendiri ketika ini sudah mula menuju ke arah kemajuan dan mula membangun.

“Pelbagai projek pembangunan telah, sedang dan akan dilaksanakan...semua projek pembangunan itu adalah janji yang dikotakan oleh Kerajaan BN...rakyat tidak perlu merasa bimbang,” katanya lagi.

Menurutnya rakyat tidak harus mudah dipengaruhi atau diperdaya oleh parti pembangkang yang hanya mahu rakyat berpecah belah.

Katany rakyat sendiri boleh menilai kemampuan parti pembangkang dan dapat melihat sendiri bahawa pimpinan pembangkang hanya mementingkan diri sendiri dan bukannya berjuang untuk kepentingan serta kebajikan rakyat.

“Mereka hanya tahu melontarkan dakyah dan fitnah sedangkan kemampuan yang mereka ada amat jauh berbanding dengan BN...usaha terpengaruh dengan parti pembangkang dan teruslah sokong BN,” katanya lagi.




Share |