Sunday, July 8, 2012

Majlis Makan Malam Amal Majlis Guru Besar Sipitang

TAHNIAH…Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdul Karim diperhatikan oleh Asli menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah di majlis tersebut.
BAKAT TERPENDAM…Guru Besar S.K Ulu Sipitang Cikgu Ramli Awang Said sedang mendendangkan lagu atas sumbangan Sapawi sempena majlis tersebut.
PENYUMBANG…Sapawi bersama-sama penyumbang memeggang riben sejurus memotong riben atas sumbangan majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menerima cenderakenangan daripada YDP Majlis Guru Besar Sipitang di majlis tersebut.

SOKONGAN…Sebahagian guru-guru dan penyumbang yang hadir di majlis tersebut.

SIPITANG: Transformasi dan perancangan strategik perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bukan sesuatu perkara yang mustahil untuk sekolah di kawasan luar bandar mencatat pencapaian terbaik untuk setiap peperiksaan.

“Pencapaian pendidikan itu mampu dicapai kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan pelajaran dan pembelajaran di semua kawasan termasuklah di luar bandar,” katanya pada majlis makan malam amal anjuran Majlis Guru Besar Sipitang di sini kelmarin.

Hadr sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdul Karim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Wakil Pejabat Daerah Sipitang Zulkefli Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Sipitang Asli Mokhsin.

Sapawi berkata berdasarkan kepada pencapaian setiap keputusan peperiksaan ternyata sekolah-sekolah di luar bandar turut berjaya mencatatkan keputusan yang terbaik.

Katanya ketiadaan kemudahan atau kekurangan bahan bukan lagi alasan yang boleh digunapakai sebaliknya ianya perlu dijadikan sebagai dorongan ke arah mempertingkatkan lagi usaha mencapai kecemerlangan.

“Dalam hal ini kita perlu ada inisiatif bagi memberikan dorongan kepada pelajar agar berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Sapawi menegaskan untuk melaksanakan cita-cita itu tranfosmasi dan perancangan strategik perlu dilaksanakan.

Antara mahu dan tidak, katanya, transfomasi dan perancangan strategik itu perlu untuk dilaksanakan.

Menurutnya seruan agar ibu bapa memberikan kerjasama bukan lagi menjadi sandaran sebaliknya pihak guru perlu melakukan usaha terbaik ke arah menanamkan semangat dan tekad kepada golongan pelajar agar berusaha gigih mencapai kecemerlangan.

“Memang kita harapkan agar ibu bapa turut bekerjasama tetapi pada masa yang sama guru perlulah melaksanakan usaha tersebut tanpa perlu menunggu…cabaran pada masa kini amat mencabar dan ia memerlukan tindakan pantas tanpa perlu untuk menunggu,” katanya.

Sambil melahirkan penghargaan kepada pihak guru yang sentiasa berusaha memberikan bimbingan dan didikan yang terbaik, Sapawi juga berkata sumbangan yang diberikan oleh pihak guru amat besar maknanya.

“Kejayaan seorang pelajar dalam peperiksaan adalah hadiah terbaik buat guru dan hanya inilah yang diharapkan oleh guru yang memberikan sumbangan penuh keikhlasan,” katanya.

a)

Share |