Thursday, August 27, 2015

Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah

 KHUSYUK…Sebahagian peserta ‘Kalam Jamaie’ turut serta pada acara majlis khatam quran di majlis tersebut.
 KHATAM QURAN…Ustaz Zamzuri sedang membimbing pelajar Sekolah kebangsaan Padang Berampah Sipitang pada acara Kahtam Quran di majlis tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi bersama Zaki dan Razak merakamkan kenangan bersama pelajar Zon Selatang yang diwakili oleh S.K Pekan Kinarut muncul johan di majlis tersebut.


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Razak menerima cenderakenangan daripada Zaki sempena majlis tersebut.

    
SIPITANG: Program pendidikan yang menjurus kepada keagamaan wajar diberikan sokongan khususnya daripada ibu bapa.

      Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata program keagamaan tidak harus dilihat sebagai program kelas ketiga atau program yang tidak memberikan manfaat.
      "Program keagamaan seperti khatam al-Quran dan kalam jamaie merupakan program ilmu yang mampu membentuk sahsiah atau jati diri terbaik kepada golongan pelajar dan turut penting program ini mendekatkan mereka dengan agama," katanya pada majlis khatam quran dan pertandingan kalam jamaie sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat negeri di Sekolah Menengah Pengaran Omar 11 dekat sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Sabah Mohamed Zaki Abdul Ghani, Pegawai pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdyl Karim, Ketua Daerah Sipitang Rafee Salleh dan Pengetua SMPO II Abdul Ghani Mohd Ali.
     Sapawi berkata golongan pelajar perlu diberikan sokongan untuk berminat dan turut melibatkan program seumpama itu dan sokongan itu bukan hanya daripada kalangan guru tetapi juga daripada ibu bapa.
     Katanya pelajar yang cemerlang dalam pendidikan agama dan akademik merupakan pelajar yang menjadi aset kepada negara pada masa akan datang.
     "Pelajar inilah nanti yang akan meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan negara...cemerlang dalam pendidikan agama dan akademik membolehkan mereka untuk memastikan negara terus cemerlang dan gemilang," katanya.
     Menurutnya pelajar seumpama inilah juga yang berupaya menghindar diri mereka daripada terpengaruh dengan fintah atau dakyah yang disebarluaskan menerusi media sosial.
     Beliau berkata pelajar yang memiliki ilmu agama dan akademik akan memilih untuk membuat penilaian sebelum membuat sebarang keputusan "dan inilah yang memperlihatkan kebijaksanaan pelajar ini."
            Di majlis tersebut Zon Selatan yang diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut telah dnobatkan sebagai juara akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Pahang pada bulan depan.
            Manakala Zon Utara yang diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Pitas dan Zon Timur yang diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Segaliud masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.


Share |