Thursday, August 6, 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Yayasan Sabah

 DUIT RAYA…Sapawi diperhatikan oleh Rosmawati menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.


TERHIBUR…Tiupan ‘Saxophone’ oleh saudara Bashir Nawab sambil diiringi oleh penyanyi  terdiri daripada staf kumpulan Yayasan Sabah telah menghiburkan hadirin di majlis tersebut.

 KOTA KINABALU:  Perkongsian budaya dan permuafakatan yang diamalkan wajar dikembangkan kepada amalan kehidupan seharian dan tidak hanya tertumpu dalam konteks perayaan.
Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk lSapawi Ahmad berkata ia penting bagi memastikan keamanan dan kestabilan negeri ini terus kukuh dan keharmonian terus dinikmati.
"Keunikan negeri ini adalah keharmonian masyarakat berbilang bangsa yang hidup bersama, berkongsi segalanya terutama budaya dan kerana inilah kita dapat melihat semua bangsa bersama-sama memeriahkan sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri," katanya pada Majlis Meriah Aidilfitri Kumpulan Yayasan Sabah di sini kelmarin. 
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Dr. Karim Samsuri Setiausaha Korporat,Yayasan Sabah, Rosmawati Lasuki Pengurus Kumpulan Kanan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat; Andi Francis Kathil Toyong Pengurus Kumpulan Kanan, Akaun dan Perkhidmatan Kewangan; 
Beliau berkata amalan rumah terbuka yang dianjurkan telah membuka ruang ke arah memperkukuhkan lagi permuafakatan di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Bagaimanapun Sapawi mengingatkan amalan rumah terbuka yang dianjurkan perlu dipastikan agar ianya tidak membazir sebaliknya menjadi pentas ke arah memperkukuhkan silaturrahim yang sedia ada.
Justeru itu, katanya, penganjuran majlis itu yang turut diadakan dengan majlis pemilihan wakil pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) membantu mengelak pembaziran dengan menjimatkan kos.
"Dua program dalam satu majlis seumpama ini turut membuka peluang kepada staf luar daerah untuk bersama-sama staf di ibu pejabat bagi meraikan Aidilfitri dan ini membantu menceriakan serta memeriahkan majlis seumpama ini," katanya lagi.
Sambil mengucapkan selamat menyambut dan meraikan Aidilfitri, Sapawi berharap ruang pertemuan itu akan menjalineratkan lagi kerjasama dan persefahaman di kalangan staf organisasi itu untuk terus bergerak maju.
Katanya untuk menjadikan KYS sebagai organisasi yang terbilang, ia bukan hanya memerlukan komitmen setiap staf tetapi juga semangat bekerja dalam satu pasukan.
 "Semangat seumpama inilah yang membolehkan KYS untuk mencapai matlamatnya," katanya lagi.

a
Share |