Thursday, October 27, 2011

Juara Rakyat Sukan Umno Sipitang



SOKONGAN…Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada program Juara Rakyat sukan di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Biro Sukan Umno Sipitang Ramli Awang Said di majlis tersebut.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan replika cek berjumlah RM5 ribu kepada Setiausaha Pemadan Sipitang Jusbina
RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Mohd Suhaili dan Ahmad menyepak bola fustal tanda rasmi kejohanan tersebut.
KENANGAN…Sapawi menyampaikan cenderakenangan kepada salah seorang wakil kotinjen sukan pada kejohanan tersebut.

SIPITANG: Program juara rakyat yang diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada rakyat melontarkan pandangan dan cadangan kepada kerajaan.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata juara rakyat bukan sekadar untuk memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi juga untuk membuka ruang kepada mereka.

“Kita membuka ruang kepada rakyat bagi mengutarakan pandangan dan juga cadangan kerana kita sentiasa mengutamakan rakyat,” katanya pada program Juara Rakyat kejohanan Fustal, Gasing dan sepak Takraw Tertututp Sipitang di Padang Pekan Sipitang kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah Mohd Suhaili Mohd Taufik, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Naib Ketua Umno Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Biro Sukan Umno Sipitang Ramli Mohd Said

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata padangan dan cadangan rakyat dapat membantu meningkatkan lagi usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membelakangkan atau mengetepikan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh rakyat.

Menurutnya cadangan pandangan yang membina akan diberi pertimbangan dan dilaksanakan mengikut keutamaan.

“Misalnya dalam bidang sukan, jika rakyat merasa ada idea bagi membangun atau meningkatkan lagi bidang sukan, ia boleh dikemukakan dan peluang menyuarakannya menerusi program seumpama ini,” katanya lagi.

Beliau memberitahu pembangunan dan kemajuan sukan tidak lagi seperti dahulu “ketika ini sukan telah menjadi kerjaya yang mampu memberi pulangan lumayan.”

Katanya melihat potensi sukan itulah kerajaan tidak mengabaikan bidang tersebut dan sentiasa mahu membangun serta mempertingkatkannya.

Dalam pada itu Sapawi menyaran agar pemimpin pada semua peringkat agar sentiasa mendekati akar umbi.

Menurutnya program juara rakyat bukan untuk memperlihatkan kemegahan tetapi untuk membuka ruang kepada pemimpin setempat bagi mengeratkan lagi hubungan dengan akar umbi.

“Hubungan yang baik akan membolehkan kita mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap BN…sekaligus mengelak rakyat daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” katanya.

Beliau berkata pemimpin setempat harus tidak membiarkan akar umbi terpengaruh dan dipergunakan oleh pembangkang.

“Jangan biarkan keadaan ini berlaku…kita harus memastikan rakyat khususnya akar umbi tidak dipengaruhi atau dipergunakan oleh pembangkang,” katanya lagi.




Share |