SIMPATI…Musibah yang menimpa ibutunggul Santiah Tusin mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi.
Santiah dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah dalam kebakaran akibat sambaran kilat baru-baru ini.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kebakaran Santiah dan keluarganya tidak berada di rumah.
Sambil melahirkan simpati, Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang melahirkan harapan agar Santiah dan keluarga tabah menghadapi dugaan tersebut.
Sapawi meluangkan masa hampir satu jam setengah dan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringgankan bebanan Santiah dan keluarga.
Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Mentulud Sani Mokhsin (kanan), Ketua Kampung Mentulud KK Matrin Payang (kiri), Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Sipitang Muanam Mjiarto (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pribadi semasa lawatan tersebut.